Thursday, December 23, 2010

Busy

Dua tiga hari ni gua sibuk sikit banyak....jadi jangan harap lah gua nak update blog ni. Tapi gua syak tak lama lagi ada sesuatu yang boleh di kongsi sebab gua nak pegi makan angin.Sekian dari gua, bubye.....TT

Sunday, November 21, 2010

Dah 5 hari cuti menyambut raya korban, tiba masa gua balik ke tempat keja...jalan sibuk dengan kereta yang banyak gua pun bawak kereta dengan sopan santun. Gua bajet lambat-lambat pun pukul 5 petang gua dah sampai Penang. Tengah gua sedap-sedap layan Ramlah Ram tiba-tiba gua dengar bunyi meletup. Mula-mula gua ingat budak-budak main meriam tapi apasal gua punya cermin retak seribu? Gua bagi signal terus parking kereta tepi jalan. Gua turun ushar-ushar longkang tepi highway kalau-kalau boleh jumpa RM300....TT
Sedikit yang boleh dikongsi;
Antara perlakuan /keadaan yg boleh buat cermin retak
1.cermin single (depan atau belakang) layer mudah pecah jika mengalami perubahan suhu yg drastik atau suhu yg tinggi. Ini adalah kerana, walaupun ia adalah kaca tetapi kaca mengembang ketika panas. Ini adalah terutama dikawasan luaran (hadapan kereta). Jika cermin tersebut dikenakan suhu sejuk secara tiba2 sbg contoh air-cond, bahagian dalaman cermin akan mengecut, dan bahagian luaran cermin masih lagi mengembang. Perubahan suhu secara drastik akan menyebabkan cermin pecah seribu.
---Cara yg sebenarnya; perlu buka terlebih dahulu cermin sisi driver/co-driver, supaya peredaran udara dapat menyejukkan cermin secara sekata. Pastikan kereta bergerak terlebih dahulu selama beberapa minit, baru kemudian memasang air-cond secara berperingkat (sejuk secara sedikit2).
2.Batu terbang/langgar dan sebagainya. Mmg lumrah, tak buleh nak buat apa.
3.Cermin vibrate/bahagian tepi crack. Selalunya cermin dipasang tidak betul atau salah saiz.



dan lagi


Cermin pun boleh kena kanser. Ini berlaku bila cermin terkena percikan batu halus. Percikan tersebut mungkin tak cukup kuat utk menghasilkan kesan chip pada windscreen pada masa hentaman berlaku tetapi telah menyebabkan kecederaan dalaman pada cermin. Kecederaan dalaman ini kan memberikan impak tertangguh mungkin dalam masa beberapa hari atau minggu atau bulan apabila ia  terdedah kepada pemangkin seperti terdedah kepada panas matahari yg melampau.

Wednesday, November 17, 2010

Anda Tentukan

Senario lanskap politik negara kita banyak berubah berbanding sedekad yang lalu..rakyat sudah boleh mendapatkan sumber maklumat dengan tepat berhubung sesuatu isu yang dibangkitkan. Perkembangan rangkaian internet sememangnya berguna untuk rakyat membuat penilaian. Blog pula jangan cerita lah..tiap-tiap ahli parlimen dah ada sorang satu, itu pun belum masuk penyokong tegar tiap-tiap parti tambah pula dengan pengkritik-pengkritik jalanan. Timbul sahaja sesuatu isu blog-blog ini pastinya akan mencapai "hit"yang tinggi. Jadi kenapa gua menulis pasal politik...adakah gua jugak hendak jadi macam Raja Petra, ataupun mungkin gua dapat komisyen dari mana-mana parti?

Sebenarnya gua teringat masa gua sembang dengan pakcik-pakcik di kampung gua. Salah satu isu yang dibangkitkan ialah mengenai sikap menteri besar yang kononnya panas baran. Marah orang itu orang ini. Isu ini timbul setelah banjir melanda Kedah. Kerajaan Negeri tak bantu lah, tak sedia makanan lah, lambat bertindak dan ntah apa-apa lagi yang gua pun tak boleh nak paham. Gua tak salahkan pakcik-pakcik itu sebab hari-hari mereka baca Utusan bila malam tengok pula Warta Perdana. Bila gua dengar diorang berborak gua cuma senyum tidak mengiyakan atau pun menidakkan. Apa boleh buat, diorang tak ada internet apatah lagi nak baca blog, akhbar online, jauh sekali nak register Facebook. Gua syak masuk lah cerita apa pun kat RTM mesti orang akan percaya...TT

*gua tidak sebelahi mana-mana parti.

Tuesday, November 9, 2010

Touching2 Sikit

Nak menulis pun tak dak mood...mamat tonto mana ntah langgar tenggiling gua. Kalau gua naik basikal gua tak pikir banyak dah, memang gua langgar dia balik...TT

Friday, November 5, 2010

Karam lah pulak...

Sekarang gua tengah sibuk' jek' harta benda gua apa yang patut, rutin biasa rumah yang karam dengan banjir. Gua syak kalau orang tua gua nampak gua rilek 'usha-usha' facebook dengan update blog ni mesti gua dapat seranah barang sebakul dua...TT


*sebenarnya gua saja tetas sungai, baru rumah gua fair play dengan orang kampung....

Sunday, October 31, 2010

Setia lah Pada Yang Satu


Dah 2-3 minggu gua cuba bertahan...cuba jadi rajin, akhirnya petang tadi gua mengalah..rambut gua yang ala-ala alleycats terpaksa gua potong juga. Gila tak sanggup gua..nak mengusung dah satu hal..membazir minyak rambut lagi tak baik..membazir tu kan amalan syaitan..cewah gua bersyarah pulak...memandangkan mekanik yang selalu overhaul rambut gua jauh kat kampung gua pilih mekanik yang tak ketahuan...jenis tangkap muat. Gua duduk lepas tu bagi briefing lebih kurang.

Lepas 15 minit..nah kau, kepala gua nampak pelik dari biasa. Risau jadi pertumpahan  darah di situ, gua tak banyak cakap,bagi duit gua blah..mahal pun boleh tahan..temperature gua dah sampai tahap merah...

Ok..yang kat atas tu mukadimah jer..
Gua tak ingin pun nak cite pasal rambut baru gua yang kacak ni. Setia yang gua maksudkan ni lebih fokus pada kereta. Nak repair kereta  tersangat lah bagus jika ada bengkel yang telah kita biasa. Kenal ownernya, kualiti workmanshipnya dan kredibiliti yang dah terbukti. Hantar servis centre tu pilihan yang baik tapi bagi gua cukup setakat under warranty sahaja sebabnya jangan tanya. Kalau kereta korang rasa ada yang tak kena jangan saja-saja cari pasal pi hulur tengkok dekat bengkel kereta yang tak dikenal pasti kebolehannya. Lebih2 lagi kalau owner keretanya perempuan...(lelaki pun berlambak jugak jenis tak tau apa). Jangan jadi macam kawan gua tukar timing belt pun dekat lima ratus padahal wira jer..bengkel tu pun bukan ada aircond pun bawah pokok jer. Kalau dah rasa diri tiada pengalaman mintak la pendapatan orang lain, jangan main redah saja. Kalau segan nak tanya bukak la mana-mana forum, baca dulu kurang-kurang ada ilmu. Jangan pi bengkel dengan keadan blurr...kemungkinan anda disembelih adalah tinggi bergantung kepada ketajaman pisau tokeynya. Tp kalau tak mau dengar jugak..lantak lah,bukan duit gua pun...TT

*Bukan semua bengel adalah rumah sembelihan.



Monday, October 25, 2010

Cuci Mata




Minggu lepas gua ronda Autocity dengan Man Ganu dengan Mat Pulau. Tengok autoshow "Mean Machine". Gua pun tak tau apa sebab mamat dua orang ni nak pi tengok mungkin saja nak cuci mata. Tapi niat gua nak pi tengok satu dua model saja. Buang masa saja kalau pi tengok saga evo10, wira fiberglass, kancil 6 tayar (ada ka?) atau senang cakap modified ala-ala Ah Beng. Tapi hakikatnya gua langsung tak jumpa apa yang gua cari. Yang banyak photographer yang dok try mantapkan skill dari sekecil compact sampai ke lens besar peha. Agrr...gua frust, ingat nak bakar jer kereta-kereta kat situ...TT








Tora Datang Lagi...



Hah...dah pat bulan gua rehat dari membloq yang tak seberapa. Ingat nak tukar angin tapi tunggu sampai sekarang pun angin tak bertiup, apa benda yang gua nak tukar. Nak tukar angin pun mau tunggu dua-tiga tahun lagi..lama tak hingat...silap-silap gua punya bloq pun monopause. Jadi gua postpone dulu tukar angin nih. Gua syak lu orang tak paham apa yang gua merepek sekarang...jangan risau gua tak ambik hati....TT
Entri kali ni langsung tiada kaitan dengan dia ni.