Sunday, October 31, 2010

Setia lah Pada Yang Satu


Dah 2-3 minggu gua cuba bertahan...cuba jadi rajin, akhirnya petang tadi gua mengalah..rambut gua yang ala-ala alleycats terpaksa gua potong juga. Gila tak sanggup gua..nak mengusung dah satu hal..membazir minyak rambut lagi tak baik..membazir tu kan amalan syaitan..cewah gua bersyarah pulak...memandangkan mekanik yang selalu overhaul rambut gua jauh kat kampung gua pilih mekanik yang tak ketahuan...jenis tangkap muat. Gua duduk lepas tu bagi briefing lebih kurang.

Lepas 15 minit..nah kau, kepala gua nampak pelik dari biasa. Risau jadi pertumpahan  darah di situ, gua tak banyak cakap,bagi duit gua blah..mahal pun boleh tahan..temperature gua dah sampai tahap merah...

Ok..yang kat atas tu mukadimah jer..
Gua tak ingin pun nak cite pasal rambut baru gua yang kacak ni. Setia yang gua maksudkan ni lebih fokus pada kereta. Nak repair kereta  tersangat lah bagus jika ada bengkel yang telah kita biasa. Kenal ownernya, kualiti workmanshipnya dan kredibiliti yang dah terbukti. Hantar servis centre tu pilihan yang baik tapi bagi gua cukup setakat under warranty sahaja sebabnya jangan tanya. Kalau kereta korang rasa ada yang tak kena jangan saja-saja cari pasal pi hulur tengkok dekat bengkel kereta yang tak dikenal pasti kebolehannya. Lebih2 lagi kalau owner keretanya perempuan...(lelaki pun berlambak jugak jenis tak tau apa). Jangan jadi macam kawan gua tukar timing belt pun dekat lima ratus padahal wira jer..bengkel tu pun bukan ada aircond pun bawah pokok jer. Kalau dah rasa diri tiada pengalaman mintak la pendapatan orang lain, jangan main redah saja. Kalau segan nak tanya bukak la mana-mana forum, baca dulu kurang-kurang ada ilmu. Jangan pi bengkel dengan keadan blurr...kemungkinan anda disembelih adalah tinggi bergantung kepada ketajaman pisau tokeynya. Tp kalau tak mau dengar jugak..lantak lah,bukan duit gua pun...TT

*Bukan semua bengel adalah rumah sembelihan.



No comments:

Post a Comment