Monday, December 5, 2011

Kursus Barai Dan Pasang

Bulan lepas gua pi kursus barai dan pasang mikroskop...boleh tahan dia punya susah, patut la budak2 Olympus letak harga tinggi nk servis dan calibrate mikroskop nih. Ah gua malas cakap banyak...kalau lu orang ada masa  tgk gambar di bawah...wakaka....TT


Otai-otai berbincang... 

 Separa barai...


Terima kasih...See you soon.

Saturday, January 8, 2011

Nota Editor Edisi 133

Gua dah lama ikut Majalah Kereta...kalau terlepas satu edisi memang tak ada mood satu bulan. Satu benda yang gua suka tentang pasal Majalah Kereta ni editornya yang kreatif, idea yang gempak dan ada wawasan. Good job team...TT


Credit to Majalah Kereta



Ke Arah Polisi Yang Konsisten
Alhamdulillah, pengumuman Bajet 2011 memberi berita baik pada industri automotif terutamanya teknologi hijau. Membolehkan kereta-kereta hybrid mesra alam mendapat manfaat seterusnya dengan penurunan harga mendadak. Kini kuasa beli di kalangan pelanggan beralih dari model sedan biasa kepada penumpang luar biasa (hybrid) Prius, Civic dan terbaru Insight kini sudah berada pada tangga mampu milik. Setidak-tidaknya pada golongan menengah dan juga menengah bawah.
Saya tidak akan membicarakan tentang polisi ini tetapi saya ingin memberi sedikit pandangan yang tidak seberapa tentang bagaimana polisi ini harus menjadi lebih konsisten. Maksudnya, kerajaan perlu kekal dengan prinsip yang disebut sebelum ini, menjadikan Malaysia lebih bersih. Walaupun kita tidak semaju Jepun, tetapi jika kita dapat mengikut polisi hijau yang diamalkan di sana, InsyaAllah setiap umat 1Malaysia akan lebih sihat tanpa menyedut karbon monoksida berlebihan.
Sebenarnya, kereta hybrid seperti Insight dan Civic tidaklah sebersih mana kalau dibandingkan dengan versi disel Eropah. Pelik? Tidak, kerana industri Jepun tidak pernah serius untuk membangunkan disel. Di sebuah negara yang tiada hasil bumi, industri automotif Jepun memandang ke depan menerusi teknologi elektrik motor hybrid dan juga kenderaan elektrik (Electric Vehicle-EV). Barat pula memilih teknologi berbeza namun Eropah menjanjikan sesuatu yang bagus tentang disel. Kurang 90g karbon bagi setiap kilometer adalah satu yang sangat maju dalam standard pencemaran memandangkan Insight masih lagi menghasilkan karbon di paras atas 100g/km.
Itu bukan isunya. Kelebihan Insight, Civic dan Prius tidak perlu memilih jenis bahanbakar tertentu sedangkan di negara-negara Asia, disel adalah bahanbakar kelas kedua. Triton dan lori tanah sahaja yang kelihatan memenuhi stesen minyak. Biarpun terdapat model-model niche disel seperti BMW, Mercedes, Volvo dan Porsche dengan kandungan sulfur yang begitu tinggi, disel negara kita bukanlah pilihan untuk menjaga alam.
Banyak kali isu ini didebatkan namun rintangan cycle ini (Euro2m) dikatakan mengambil hampir sedekad untuk diimplimentasikan. Baiklah. Jadi bila kita akan mendapat Euro 4 (atau Euro 5)? Sukar untuk menjawab kerana baik kerajaan atau industri minyak dan gas, belum ada jawapan yang pasti.
Jika kerajaan boleh menetapkan polisi bebas cukai terhadap hybrid tentu tidak sukar untuk melaksanakan polisi "hiliran" yang mana saya kira boleh melonjakkan momentum kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar. Kita mungkin boleh mengambil contoh negara maju (seperti yang kita selalu contohkan setiapkali harga barangan naik) dengan polisi mereka. Misalnya British memberi diskaun cukai jalan berdasarkan jumlah perlepasan karbon di udara. Amerika Syarikat pula lazimnya memberi rebet atau potongan cukai bagi kereta hybrid.
Bukan senang mengubah pandangan orang dari membeli sebuah hybrid berbanding sebuah sedang penumpang. Insight atau Inspira? Sudah pasti 9 dari 10 orang pembaca KERETA akan pilih Inspira sebab ini adalah majalah modifikasi. Semuanya tentang gaya dan kelajuan. Jadi sesiapa yang membeli Insight, mungkin sedikit di benak mereka ada tentang keperihatinan alam sekitar dan sebahagian lagi ialah ekonomikal bahanapi. Sumbangan ini walaupun di kalangan pak menteri adalah kecil, tetapi bagi pengguna biasa yang terpaksa menghabiskan 1/3 pendapatan bulanan untuk menanggung sebuah kereta adalah besar.
Jika tidak dari sudut ekonomi, lihatlah dari sudut moral. Hari ini kita membelanjakan RM30 sehari untuk seorang banduan, justufikasinya - banyak rebet, subsidi dan perlepasan cukai yang boleh diberikan kepada pembeli hybrid. Kadangkadang, justifikasi tindakan tidak boleh dilihat dari sudut ekonomi semata-mata. Ia perlu dilihat dari segi etika.
Jika geran dan insentif ini diperluaskan saya percaya, jalanraya kita akan jadi lebih bersih. Polisi yang ada sekarang patut diteruskan, bukan hanya untuk tahun 2011 sahaja kerana tidak ada cacat celanya tentang kereta yang bersih. Cukuplah dua dekad ini rakyat membayar kereta pada harga premium. Berikan ruang untuk mereka yang prihatin mendapat manfaat. Pada saat ini, alangkah bagus kalau ada usaha membawa masuk kereta elektrik seperti Nissan Leaf, Mitsubishi i-miev, Citroen CZero dan banyak lagi di luar sana.
Boleh atau tak bukan soalnya. Ia tentang mahu atau tidak.

Oh Kak Limah


Hantu Kak Limah Balik Rumah dah cecah RM7 Juta ++. Memang satu karya yang unik dari Mamat Khalid.
Komedi Mamat Khalid bagi gua jenis komedi yang kena pikir dia punya lawak. Bukan jenis bodoh-bodoh punya lawak..walaupun sekali sekala yang bodoh tu timbul juga tapi masih boleh terima. Ngangkung cecah RM10 juta tapi gua langsung tak dak hati nak pegi tengok walaupun dalam TV pung-pang dia punya iklan. Tapi HKLBR kalau kawan-kawan gua pegi tengok itu hari tak kontek gua memang gua naik darah...TT
                                                   Scene paling best

P/s***Sabar menanti karya Mamat Khalid yang seterusnya

Friday, January 7, 2011

Kawen Punya Hadiah...

Musim kawen tahun ni dah datang pulak. Tahun lepas saja dah 5 orang kawan gua kawen apa benda pun gua tak bagi. Tahun ni gua ingat nak bagi jugak  cikai-cikai pun sekeping kad sempena azam tahun baru ( ntah apa kaitan hadiah kawen dgn azam, bengong! ). 

Hadiah kawen ni  kalau nak bagi yang dapat kasi puas hati memang celaka dia punya payah. Gua bukan jenis bagi barang 'klise' yang orang yang memang dah muak nak terima. Sikit-sikit periuk belanga pinggan cuba bagi simen blue lion barang sekampit dua boleh jugak buat renovet rumah...TT

Thursday, December 23, 2010

Busy

Dua tiga hari ni gua sibuk sikit banyak....jadi jangan harap lah gua nak update blog ni. Tapi gua syak tak lama lagi ada sesuatu yang boleh di kongsi sebab gua nak pegi makan angin.Sekian dari gua, bubye.....TT

Sunday, November 21, 2010

Dah 5 hari cuti menyambut raya korban, tiba masa gua balik ke tempat keja...jalan sibuk dengan kereta yang banyak gua pun bawak kereta dengan sopan santun. Gua bajet lambat-lambat pun pukul 5 petang gua dah sampai Penang. Tengah gua sedap-sedap layan Ramlah Ram tiba-tiba gua dengar bunyi meletup. Mula-mula gua ingat budak-budak main meriam tapi apasal gua punya cermin retak seribu? Gua bagi signal terus parking kereta tepi jalan. Gua turun ushar-ushar longkang tepi highway kalau-kalau boleh jumpa RM300....TT
Sedikit yang boleh dikongsi;
Antara perlakuan /keadaan yg boleh buat cermin retak
1.cermin single (depan atau belakang) layer mudah pecah jika mengalami perubahan suhu yg drastik atau suhu yg tinggi. Ini adalah kerana, walaupun ia adalah kaca tetapi kaca mengembang ketika panas. Ini adalah terutama dikawasan luaran (hadapan kereta). Jika cermin tersebut dikenakan suhu sejuk secara tiba2 sbg contoh air-cond, bahagian dalaman cermin akan mengecut, dan bahagian luaran cermin masih lagi mengembang. Perubahan suhu secara drastik akan menyebabkan cermin pecah seribu.
---Cara yg sebenarnya; perlu buka terlebih dahulu cermin sisi driver/co-driver, supaya peredaran udara dapat menyejukkan cermin secara sekata. Pastikan kereta bergerak terlebih dahulu selama beberapa minit, baru kemudian memasang air-cond secara berperingkat (sejuk secara sedikit2).
2.Batu terbang/langgar dan sebagainya. Mmg lumrah, tak buleh nak buat apa.
3.Cermin vibrate/bahagian tepi crack. Selalunya cermin dipasang tidak betul atau salah saiz.



dan lagi


Cermin pun boleh kena kanser. Ini berlaku bila cermin terkena percikan batu halus. Percikan tersebut mungkin tak cukup kuat utk menghasilkan kesan chip pada windscreen pada masa hentaman berlaku tetapi telah menyebabkan kecederaan dalaman pada cermin. Kecederaan dalaman ini kan memberikan impak tertangguh mungkin dalam masa beberapa hari atau minggu atau bulan apabila ia  terdedah kepada pemangkin seperti terdedah kepada panas matahari yg melampau.

Wednesday, November 17, 2010

Anda Tentukan

Senario lanskap politik negara kita banyak berubah berbanding sedekad yang lalu..rakyat sudah boleh mendapatkan sumber maklumat dengan tepat berhubung sesuatu isu yang dibangkitkan. Perkembangan rangkaian internet sememangnya berguna untuk rakyat membuat penilaian. Blog pula jangan cerita lah..tiap-tiap ahli parlimen dah ada sorang satu, itu pun belum masuk penyokong tegar tiap-tiap parti tambah pula dengan pengkritik-pengkritik jalanan. Timbul sahaja sesuatu isu blog-blog ini pastinya akan mencapai "hit"yang tinggi. Jadi kenapa gua menulis pasal politik...adakah gua jugak hendak jadi macam Raja Petra, ataupun mungkin gua dapat komisyen dari mana-mana parti?

Sebenarnya gua teringat masa gua sembang dengan pakcik-pakcik di kampung gua. Salah satu isu yang dibangkitkan ialah mengenai sikap menteri besar yang kononnya panas baran. Marah orang itu orang ini. Isu ini timbul setelah banjir melanda Kedah. Kerajaan Negeri tak bantu lah, tak sedia makanan lah, lambat bertindak dan ntah apa-apa lagi yang gua pun tak boleh nak paham. Gua tak salahkan pakcik-pakcik itu sebab hari-hari mereka baca Utusan bila malam tengok pula Warta Perdana. Bila gua dengar diorang berborak gua cuma senyum tidak mengiyakan atau pun menidakkan. Apa boleh buat, diorang tak ada internet apatah lagi nak baca blog, akhbar online, jauh sekali nak register Facebook. Gua syak masuk lah cerita apa pun kat RTM mesti orang akan percaya...TT

*gua tidak sebelahi mana-mana parti.