Saturday, January 8, 2011

Nota Editor Edisi 133

Gua dah lama ikut Majalah Kereta...kalau terlepas satu edisi memang tak ada mood satu bulan. Satu benda yang gua suka tentang pasal Majalah Kereta ni editornya yang kreatif, idea yang gempak dan ada wawasan. Good job team...TT


Credit to Majalah Kereta



Ke Arah Polisi Yang Konsisten
Alhamdulillah, pengumuman Bajet 2011 memberi berita baik pada industri automotif terutamanya teknologi hijau. Membolehkan kereta-kereta hybrid mesra alam mendapat manfaat seterusnya dengan penurunan harga mendadak. Kini kuasa beli di kalangan pelanggan beralih dari model sedan biasa kepada penumpang luar biasa (hybrid) Prius, Civic dan terbaru Insight kini sudah berada pada tangga mampu milik. Setidak-tidaknya pada golongan menengah dan juga menengah bawah.
Saya tidak akan membicarakan tentang polisi ini tetapi saya ingin memberi sedikit pandangan yang tidak seberapa tentang bagaimana polisi ini harus menjadi lebih konsisten. Maksudnya, kerajaan perlu kekal dengan prinsip yang disebut sebelum ini, menjadikan Malaysia lebih bersih. Walaupun kita tidak semaju Jepun, tetapi jika kita dapat mengikut polisi hijau yang diamalkan di sana, InsyaAllah setiap umat 1Malaysia akan lebih sihat tanpa menyedut karbon monoksida berlebihan.
Sebenarnya, kereta hybrid seperti Insight dan Civic tidaklah sebersih mana kalau dibandingkan dengan versi disel Eropah. Pelik? Tidak, kerana industri Jepun tidak pernah serius untuk membangunkan disel. Di sebuah negara yang tiada hasil bumi, industri automotif Jepun memandang ke depan menerusi teknologi elektrik motor hybrid dan juga kenderaan elektrik (Electric Vehicle-EV). Barat pula memilih teknologi berbeza namun Eropah menjanjikan sesuatu yang bagus tentang disel. Kurang 90g karbon bagi setiap kilometer adalah satu yang sangat maju dalam standard pencemaran memandangkan Insight masih lagi menghasilkan karbon di paras atas 100g/km.
Itu bukan isunya. Kelebihan Insight, Civic dan Prius tidak perlu memilih jenis bahanbakar tertentu sedangkan di negara-negara Asia, disel adalah bahanbakar kelas kedua. Triton dan lori tanah sahaja yang kelihatan memenuhi stesen minyak. Biarpun terdapat model-model niche disel seperti BMW, Mercedes, Volvo dan Porsche dengan kandungan sulfur yang begitu tinggi, disel negara kita bukanlah pilihan untuk menjaga alam.
Banyak kali isu ini didebatkan namun rintangan cycle ini (Euro2m) dikatakan mengambil hampir sedekad untuk diimplimentasikan. Baiklah. Jadi bila kita akan mendapat Euro 4 (atau Euro 5)? Sukar untuk menjawab kerana baik kerajaan atau industri minyak dan gas, belum ada jawapan yang pasti.
Jika kerajaan boleh menetapkan polisi bebas cukai terhadap hybrid tentu tidak sukar untuk melaksanakan polisi "hiliran" yang mana saya kira boleh melonjakkan momentum kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar. Kita mungkin boleh mengambil contoh negara maju (seperti yang kita selalu contohkan setiapkali harga barangan naik) dengan polisi mereka. Misalnya British memberi diskaun cukai jalan berdasarkan jumlah perlepasan karbon di udara. Amerika Syarikat pula lazimnya memberi rebet atau potongan cukai bagi kereta hybrid.
Bukan senang mengubah pandangan orang dari membeli sebuah hybrid berbanding sebuah sedang penumpang. Insight atau Inspira? Sudah pasti 9 dari 10 orang pembaca KERETA akan pilih Inspira sebab ini adalah majalah modifikasi. Semuanya tentang gaya dan kelajuan. Jadi sesiapa yang membeli Insight, mungkin sedikit di benak mereka ada tentang keperihatinan alam sekitar dan sebahagian lagi ialah ekonomikal bahanapi. Sumbangan ini walaupun di kalangan pak menteri adalah kecil, tetapi bagi pengguna biasa yang terpaksa menghabiskan 1/3 pendapatan bulanan untuk menanggung sebuah kereta adalah besar.
Jika tidak dari sudut ekonomi, lihatlah dari sudut moral. Hari ini kita membelanjakan RM30 sehari untuk seorang banduan, justufikasinya - banyak rebet, subsidi dan perlepasan cukai yang boleh diberikan kepada pembeli hybrid. Kadangkadang, justifikasi tindakan tidak boleh dilihat dari sudut ekonomi semata-mata. Ia perlu dilihat dari segi etika.
Jika geran dan insentif ini diperluaskan saya percaya, jalanraya kita akan jadi lebih bersih. Polisi yang ada sekarang patut diteruskan, bukan hanya untuk tahun 2011 sahaja kerana tidak ada cacat celanya tentang kereta yang bersih. Cukuplah dua dekad ini rakyat membayar kereta pada harga premium. Berikan ruang untuk mereka yang prihatin mendapat manfaat. Pada saat ini, alangkah bagus kalau ada usaha membawa masuk kereta elektrik seperti Nissan Leaf, Mitsubishi i-miev, Citroen CZero dan banyak lagi di luar sana.
Boleh atau tak bukan soalnya. Ia tentang mahu atau tidak.

1 comment:

  1. wa selma 24 thun hdup,gne knderaan awam,so xtaw sgat psal kete,aptah lagi mjlah kete nih..haisshh

    ReplyDelete